Produk UTeM menyerlah di MTE 2023

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 12 April – Produk inovasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus diiktiraf dan menyerlah apabila meraih satu Anugerah Inovasi Cemerlang, dua Anugerah Khas dan 10 pingat pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2023, berlangsung baru-baru ini.

MTE 2023 menyaksikan kumpulan pencipta inovasi dunia menampilkan produk inovasi mereka yang berimpak global dengan lebih 500 penyertaan.

Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, universiti itu UTeM menjulang kemenangan tujuh pingat emas, perak (2) dan gangsa (1) pada MTE 2023 yang lalu.

“Produk inovasi kumpulan penyelidik diketuai Dr. Ridhwan Jumaidin, dikenali sebagai ‘Banana Leaf Packaging’ memenangi ‘MTE 2023 Outstanding Innovation Award’

“Produk inovasi ‘Toyyib Value Chain Gateaway’ diketuai Prof. Madya Ts. Dr. Mohammed Hariri Bakri memenangi Anugerah Khas (State Social Protection Fund, Ministry of Labour and Social Protection of Population, Republic of Azerbaijan).

“Sementara itu produk inovasi dikenali PROTECT diketuai Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob pula telah berjaya memenangi Anugerah Khas (MTUN TVET International Award), ketiga-tiga produk inovasi tersebut turut merangkul pingat emas,” katanya menerusi satu kenyataan.

Empat lagi pingat emas disumbangkan produk inovasi Green Concrete (Grec’ko) diketuai Prof. Madya Dr. Jariah Mohamad Juoidan dan Solar Powered Automated Fertigation System (i-SIRAM) diketuai Kamilah Jaffar.

Bersama produk inovasi ‘Used Cooking Oil Methyl Ester as Low Viscosity Dielectric Liquid for Oil-Immersed Transformers’ diketuai Dr. Sharin Ab Ghani dan ‘Oleophilic Polymer Waste-Oil Solidifier’ (OPWOS) diketuai Ts. Dr. Nurul Hanim Razak.

Dua pingat perak pula disumbangkan menerusi produk inovasi ‘BiGREEN Diesel’ dan ‘Passive Cooling of Photovoltaic Solar Panel Using Aluminium Heat Sink’ manakala pingat gangsa pula diraih menerusi produk inovasi Vowel Recognition System (VoRecS).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1382
Kongsi :
Previous post Sasar 50 kapal persiaran berlabuh di Melaka
Next post Lebuhraya Duke bakal laksana sistem pembayaran tol terbuka
Ubah saiz-+=