Program gotong-royong masjid ‘ladang pahala’

Masa Membaca:52 Saat

LENDU 17 Mac – Program Gotong-Royong Outreach Kemasyarakatan Jabatan Penjara Melaka bersama Jemaah Masjid Umar Al-Khattab di Kampung Lendu secara tidak langsung menangkis stigma negatif masyarakat terhadap bekas penghuni penjara.

Pengerusi Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Dr. Mohd Saladin Abd Rasol berkata, pihaknya berbesar hati apabila menerima pelawaan daripada Jabatan Penjara Melaka untuk melaksanakan program berkenaan.

Dr. Mohd Saladin berkata, ketika dimaklumkan perkara itu dia dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid menyambutnya dengan baik kerana niat mereka adalah untuk memberi peluang kepada golongan berkenaan kembali menjadi sebahagian daripada masyarakat.

“Tiada stigma negatif, atau perasaan negatif dalam kalangan kami, masjid adalah institusi yang menerima semua golongan tanpa diskriminasi.

“Peserta membersihkan longkang, kawasan kubur, dewan solat dan persekitaran masjid ini, semoga program sebegini menjadi ladang pahala buat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Pada Program Gotong-Royong Outreach Kemasyarakatan Jabatan Penjara Melaka bersama Jemaah Masjid Umar Al-Khattab di Kampung Lendu, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Penjara Negeri, Timbalan Komisioner Penjara (TKP), Roslan Mohamed.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1843
Kongsi :
Previous post Program Jiwa Murni persediaan ‘banduan’ hitung hari bebas
Next post Malaysia perkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana
Ubah saiz-+=