Sorting by

×

Program Jiwa Murni persediaan ‘banduan’ hitung hari bebas

Masa Membaca:54 Saat

LENDU 17 Mac – Jabatan Penjara Melaka akan melaksanakan Program Jiwa Murni buat bekas penghuni penjara yang menghitung hari untuk dibebaskan dalam masa terdekat.

Pengarah Penjara Melaka, Timbalan Komisioner Penjara (TKP), Roslan Mohamed berkata Program Jiwa Murni lebih kepada aktiviti seperti kebajikan, membantu mangsa bencana dan melakukan kerja baik pulih berdasarkan kepada tenaga mahir mengikut bidang bekas penghuni penjara.

Katanya, tujuannya tetap sama iaitu untuk memberi peluang kepada golongan itu mendekatkan diri dan membiasakan mereka bergaul dengan masyarakat.

“Program ini adalah susulan aktiviti kami laksanakan sebelum ini yang menunjukkan keberkesanan dan memberikan impak positif. Jadi dikembangkan kepada Program Jiwa Murni.

“Kesan ketara daripada program dianjurkan adalah kadar mereka yang mengulangi semula kesalahan jenayah lebih rendah berbanding banduan menjalani hukuman di penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian demikian ketika ditemui Pada Program Gotong-Royong Outreach Kemasyarakatan Jabatan Penjara Melaka bersama Jemaah Masjid Umar Al-Khattab di Kampung Lendu, di sini, semalam.

Roslan berkata pihaknya juga akan mengadakan hari penghargaan dan bertemu majikan memberikan peluang kepada golongan berkenaan untuk bekerja di syarikat atau perusahaan mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1259
Kongsi :
Previous post Masyarakat lebih terbuka terima bekas penghuni penjara
Next post Program gotong-royong masjid ‘ladang pahala’
Ubah saiz-+=