
Program Jom Masuk Kampung dekati penduduk Durian Tunggal
DURIAN TUNGGAL 3 November – Program Jom Masuk Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal memberi pendekatan kepada seluruh penduduk untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata program itu diadakan selama tiga hari dua malam melibatkan sebanyak empat buah kampung di dalam DUN itu.
“Alhamdulillah, selesai sudah Program Jom Masuk Kampung yang berlangsung selama tiga hari dua malam anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka (KEMAS) Negeri Melaka di Kampung Pachor bersama Japerun Durian Tunggal.

“Program ini melibatkan empat buah kampung yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bersifat kebajikan, sukan dan pengisian rohani.
“Tahniah kepada barisan kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat, jawatankuasa masjid serta masyarakat yang menjayakan program ini bersama,” katanya.
Hadir sama Adun Asahan, Fairul Nizam Roslan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM NAFI PREMIS PANEL NAIKKAN HARGA BARANG BANTUAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima...
RESTORAN ARAB ‘KANTOI’ SOROK 230KG MINYAK MASAK SUBSIDI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
PENGKALAN BATU 2 Oktober - Taktik sebuah restoran makanan Arab menyembunyikan kira-kira 230 kilogram minyak masak bersubsidi di sebalik timbunan...
JEMAAH LEBIH SELESA TUNAI IBADAH, TERIMA KASIH TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Selepas hampir setahun ditutup akibat masalah kebocoran serius, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak, kini kembali dibuka...
MBMB SEIMBANG TANGANI ISU RAKYAT, CERIAKAN KAWASAN PENTADBIRAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keceriaan bandar,...
MAIM TAMPIL BANTU PESAKIT SINDROM STEVENS-JOHNSON
KOTA LAKSAMANA 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil membantu seorang pesakit sindrom Stevens-Johnson, Hamdan Hashim, 39, memerlukan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PENGKALAN BALAK YANG BERWAJAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jawahir, Pengkalan...
