Program Malaysia Prihatin beri kesedaran akar umbi cegah COVID-19

Masa Membaca:56 Saat

JASIN 22 Mac. – Program Malaysia Prihatin dilancarkan kali pertama di Melaka hari ini mampu mendekatkan antara pemimpin dan rakyat bagi memperluaskan pemantauan perlaksanaan pengurusan Pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, program julung kali diadakan itu sekali gus mendekatkan pimpinan negeri dengan pendekatan turun padang bagi menyelami segala permasalahan rakyat dalam pengurusan pandemik itu.

Katanya, program seperti itu mampu memberi pendedahan rapat terhadap rakyat bagi menerangkan pelbagai langkah dan inisiatif membabitkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), Pakej Rangsangan Ekonomi, Proklamasi Darurat serta pelbagai lagi.

“Program rakyat ini adalah program turun padang sebagai wacana bagi memerangi wabak ini bersama rakyat.

“Medium komunikasi dua hala yang bersifat neutral secara amnya sama rata menerangkan perlunya perlaksanaan pelbagai saranan kerajaan bagi membendung COVID-19 dari akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya selepas merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Jasin 2021 dan Pelancaran Program Malaysia Prihatin diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Jasin, di sini hari ini.

Menerusi program terbabit, pelbagai pendedahan telah disampaikan membabitkan kira-kira 200 penjawat awam terlibat dalam acara itu di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

667
Kongsi :
Previous post Dana permulaan RM10j bagi bantuan khas kesan mudarat vaksin COVID-19
Next post MOTAC sedia dengan SOP gelembung perjalanan sambut pelancong
Ubah saiz-+=