Program Selawat Mega disambut dalam acara rasmi

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

SERI BENDAHARA 16 Oktober – Sambutan hari perbandaran membabitkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu menjadikan Program Selawat Mega sebahagian dalam pengisian program umum.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengarahkan pengisian program selawat sebagai satu acara penting dalam majlis sambutan rasmi kerajaan di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya juga turut menyarankan kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (Dun) di Melaka menyemarakkan program terbabit sebagai acara utama dalam takwim kerajaan yang disambut sekurang-kurangnya sekali setahun.

“Insyallah di Melaka saya juga mengarahkan semua PBT seperti dalam Hari Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB) sebelum ini dianjurkan Melaka Berselawat, setiap kali ada hari Majlis Perbandaran masing-masing (PBT) jangan lupa buat program berselawat.

“Selain daripada aktiviti yang dianjurkan mereka perlu laksanakan program berselawat, seperti sambutan tempoh hari Alhamdulillah ia menggalakkan, saya amat berpuas hati malah seperti malam ini juga ia menampakkan kita mengimarahkan lagi Malam Cinta Rasul kerana apabila kita meperbanyakkan berselawat kita akan mendapat syafaatnya.

“Saya menyarankan semua wakil-wakil rakyat di peringkat Dun setahun sekali itu buatlah majlis berselawat supaya kita mendapat barakah dan syafaat dari junjungan Nabi Muhammad S.A.W, sebaiknya begitu, saya mohon buatlah majlis ini di masjid di surau sekali pun sekurangnya sekali setahun mesti dilaksanakan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Seri Bendahara Berselawat Malam Cinta Rasul di kediamannya di Seri Bendahara, malam tadi.

453fdad8-d10a-484a-a784-7b3d37366744
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (tengah) memyampaikan cenderahati kepada tetamu jemputan pada Program Seri Bendahara Berselawat Malam Cinta Rasul di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Terdahulu, majlis yang diadakan kali ini menerima sambutan yang menggalakkan apabila lebih 5,000 umat Islam mula memenuhi Dataran Seri Bendahara bagi menyambut malam penuh keberkatan itu.

Program diadakan sejurus selepas Solat Maghrib berjemaah telah disempurnakan dengan acara bacaan Maulid Qasidah diketuai daripada ilmuwan terkenal dari Kumpulan Ahbabul Syam dari Kota Damsyik, Syria serta diiringi Tausiyah oleh Muallim Muhammad Dhiya’uddin Noor Amali.

Majlis diadakan penuh keberkatan itu juga diikuti qasidah dan dan mahallul qiyam dari kumpulan Al-Hidayah diketuai Tausiyah Habib Abdullah Abdul Qadir Al Habsyi bersama mutarjim Tuan Guru Ustaz Muhammad Hatta Syamsul Ariffin.

Seterusnya, bacaan doa oleh Habib Mahdi Abu Bakr Mahdi Al Hamid sebelum diakhiri dengan solat Isyak berjemaah .

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1921
Kongsi :
Previous post Lelaki gelandangan maut dipercayai dipukul
Next post Kerajaan ada wang laksana Bajet 2023 – PM
Ubah saiz-+=