Promosi Melaka for ASEAN sasar tarik pelancong dari lima negara

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 28 Mei – Kempen Melaka for ASEAN bakal dilancarkan pada Jan 2023 menyasarkan penglibatan lima negara ASEAN bagi merancakkan sektor pelancongan Melaka.

EXCO Pelancongan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, lima negara itu membabitkan Indonesia, Singapura, Brunei, Vietnam dan Kemboja.

“Negara-negara ini adalah keutamaan kita, cuma untuk merancakkan sektor pelancongan Melaka, cuma yang kita gagal bawa selama ini ialah Thailand, mungkin kita perlu buat pertukaran pelancong dengan mereka.

“Kita akan benarkan mereka (Thailand) untuk buat pakej percutian di Melaka, tapi pada masa sama mereka harus memberi ruang kepada kita menjual tiket Melaka di Thailand.

“Kita akan lancarkan kempen ini bila sudah bersedia, paling lewat Jan 2023, beri saya masa kalau boleh saya nak stabilkan dulu kemasukkan pelancong Indonesia ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat Halatuju Industri Pelancongan Negeri Melaka, Melaka Excess, Gembox Malaysia dan Sesi Ramah Mesra di Hotel Mudzaffar di sini, semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka Saari Basiron dan lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata dengan pelancaran kempen itu sudah pasti Melaka mampu menarik pelancong dari negara-negara ASEAN.

“Jadi saya mohon semua penggiat industri pelancongan Negeri Melaka dapat menyertai kempen promosi ini dengan lebih giat lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

727
Kongsi :
Previous post Malaysia, Jepun setuju hubungan dinaik taraf lebih komprehensif
Next post Malaysia masih jadi pilihan Jepun untuk pelaburan
Ubah saiz-+=