
Putera Philip meninggal dunia
LONDON 9 April- Istana Buckingham hari ini mengumumkan suami kepada Ratu Elizabeth II, Putera Philip meninggal dunia pagi tadi waktu tempatan pada usia 99 tahun.
Dalam kenyataan istana itu berkata: “Dengan rasa dukacita yang tinggi, Yang Mulia Ratu telah mengumumkan kematian suaminya yang tercinta, Yang Mulia Putera Philip, Duke of Edinburgh. Yang Mulia meninggal dunia dengan tenang pagi ini di Istana Windsor.”

Menurut laporan Sky News, pada usia 90-an, baginda aktif menjalankan program kemasyarakatan yang menzahirkan minatnya terhadap kerja-kerja kebajikan.
“Duke of Edinburgh”, sebagaimana gelaran rasmi baginda, juga sentiasa menyokong isterinya yang juga monarki paling lama memerintah dengan menjelajah ke seluruh negeri sama ada atas urusan rasmi rasmi negara atau lawatan diraja.
Bagaimanapun pada 2017, Putera Philip memutuskan untuk bersara daripada tugasan menghadiri semua upacara rasmi ketika berusia 96 tahun selepas dimasukkan ke hospital selama dua malam kerana jangkitan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...

