
Rasuah pengurusan jenazah: Tiga petugas kesihatan direman lima hari
SHAH ALAM, 31 Mei – Tiga petugas kesihatan di sebuah hospital di Selangor masing-masing direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah antara RM1,000 dan RM5,000 bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan dua pembantu kesihatan dan seorang penolong pegawai perubatan itu sehingga 4 Jun depan.
Ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 35 hingga 38 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan meminta dan menerima rasuah.
Mereka dikatakan telah meminta dan menerima wang suapan daripada individu tertentu sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.
Menurut sumber, kesemua lelaki itu ditahan pada 6 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
Pada 27 Mei lepas, dua pembantu kesihatan masing-masing berusia 40 dan 42 tahun direman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes sama.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘RED LECHWE’ ZOO MELAKA JALANI PROSEDUR SEDASI, RAWAT BENGKAK TESTIS
AYER KEROH 27 Jun - Di sebalik haiwan spesies antelop diberi nama ‘Red Lechwe’ ini, berdiri sepasukan Veterinar Zoo Melaka...
MIMPI NGERI BANJIR KILAT MALIM JAYA BERAKHIR
KESIDANG 27 Jun – Masalah banjir kilat yang pernah menjadi mimpi ngeri penduduk Malim Jaya berjaya dikurangkan secara signifikan menerusi...
115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026
BANDA HILIR 27 Jun - Sebanyak 115 pasukan dari dalam dan luar negara berentap merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Perahu...
KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN
RIM 27 Jun - Sebanyak lima permohonan pembinaan rumah baharu di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jasin...
TRANSFORMASI ZOO MELAKA SEBAGAI DESTINASI KELUARGA – CMI
AYER KEROH 27 Jun - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) memperhebat usaha memperkasakan Zoo Melaka menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk menaik...
PROGRAM JOM SANTAI @DATARAN MBMB MERIAHKAN SUASANA MALAM MINGGU
AYER KEROH 27 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menganjurkan Program Jom Santai @ Dataran MBMB susulan kehadiran pengunjung...
