Rebut peluang jadi usahawan tani

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

REMBIA 8 Mei – Peluang untuk bergelar usahawan tani ditawarkan Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pertanian perlu direbut dan dimanfaatkan sepenuhnya, khusus oleh golongan belia.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, Jabatan pertanian menawarkan bimbingan, latihan dan pelbagai insentif bantuan bagi membantu usahawan tani untuk terus berkembang.

Fairul Nizam yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia berkata, antara peluang-peluang dan insentif projek bagi usahawan tani melalui Jabatan Pertanian daripada dana peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah menerusi program tanam semula buah-buahan terpilih dan program peningkatan hasil sayur menggunakan dana Kerajaan Negeri.

Jelas beliau, peluang juga dibuka menerusi pembanguan industri kopi, pembangunan kluster durian, pembangunan kluster betik, pembangunan kluster tembikai dan pembangunan tanah terbiar.

“Sementara itu insentif projek bagi usahawan tani melalui Jabatan Pertanian menggunakan dana peringkat Kerajaan Negeri Melaka pula seperti pembangunan industri bernilai tinggi membabitkan lebah madu dan kelulut, rampah ratus serta herba selain cendawan.

“Turut ditawarkan adalah pembangunan industri agrotourism membabitkan florikultur dan pelbagai lagi,” katanya ketika berucap pada Hari Bertemu Pelanggan Program Penyerahan Insentif Projek Pembangunan Jabatan Pertanian Negeri Melaka Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2024 di Pejabat Pertanian Daerah Alor Gajah, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Pertanian Negeri Melaka, Rozli Azizi Talib dan Pegawai Pertanian Daerah Alor Gajah Johanif Johari.

Menurutnya, insentif ditawarkan adalah bertujuan meningkatkan penyertaan orang Melaka dalam sektor pertanian, sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil.

“Manfaatnya bakal dinikmati seluruh penduduk Negeri Melaka khususnya di Daerah Alor Gajah ini. Insentif ini memberi fokus kepada pelan bagi meningkatan lagi pengeluaran hasil-hasil pertanian ekoran daripada peningkatan import makanan akibat kekurangan bekalan dalam negara.

“Ia juga bertujuan untuk memastikan bekalan makanan dalam negara adalah stabil dan mencukupi untuk keperluan rakyat di negara ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

81
Kongsi :
Previous post BUDIMAS sasar BINA 12 perpustakaan kanak-kanak seluruh negara
Next post Jumaat hari bertutur bahasa Jawa di Kampung Paya Dalam
Ubah saiz-+=