Remaja 21 tahun antara 16 korban COVID-19 di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 16 Ogos – Melaka sekali lagi merekodkan antara jumlah kematian harian tertinggi dengan 16 kes hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), berdasarkan pecahan daerah, 10 kes kematian melibatkan pesakit di daerah Melaka Tengah berusia antara 27 hingga 87 tahun.

Jelas kenyataan itu, empat lagi kes kematian membabitkan individu berusia antara 21 hingga 74 tahun.

“Satu daripada empat kematian di daerah Alor Gajah melibatkan lelaki berusia 21 tahun yang mempunyai penyakit obesiti, sekali gus menjadikan mangsa kematian itu paling muda direkodkan di negeri hari ini.

“Bagi daerah Jasin, dua kematian direkodkan membabitkan seorang lelaki berusia 58 tahun dan wanita warga emas berusia 77 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, satu kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri sebanyak 64 termasuk dua kluster luar Melaka.

“Kluster itu melibatkan sebuah kilang di Pengkalan Balak yang kes indeksnya dikesan menerusi saringan bergejala dan merebak di tempat kerja serta asrama pekerja.

“Setakat ini 51 kes dikesan, namun punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan negeri ini merekodkan 1,120 kes hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi setakat ini.

Kluster Industri Tangga Batu dikesan menjadi penyumbang terbesar peningkatan kes itu dengan 636 kes atau 56.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

431
Kongsi :
Previous post Kluster Industri Tangga Batu penyumbang terbesar kes harian tertinggi Melaka
Next post Terima kasih atas khidmat bakti sebagai PM – Tun Mohd Ali
Ubah saiz-+=