
Remaja lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Sendat
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Sendat, Hulu Selangor, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Arif Azif, dilapor dihanyutkan arus sebelum tenggelam ke dasar air terjun itu dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, dalam satu kenyataan, memaklumkan mayat mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira 2.5 meter ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Menurut pusat berkenaan, mangsa telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan oleh ahli Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan sebaik dibawa ke darat, sebelum pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Ridzuan Khalid berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BERUNDING ELOK-ELOK, PILIH ‘PARTNER’ YANG IKHLAS DAN JUJUR – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 6 September - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua...
WAKIL RAKYAT MELAKA MESTI ‘KETUK PINTU’ RUMAH RAKYAT
TABOH NANING 3 September - Semua wakil rakyat di Melaka diminta turun padang dan 'mengetuk pintu' rumah rakyat bagi menyelami...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...

