
Rentas daerah dan negeri dibenarkan mulai Isnin ini
KUALA LUMPUR 5 Dis – Mulai 7 Disember ini (Isnin), pergerakan rentas daerah dan negeri dibenarkan seluruh negara kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran tersebut dibuat dalam sidang khas semalam.
“Kebenaran ini akan bermula 7 Disember 2020. Sidang Khas juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.
“Vaksin terbaik masa kini bagi menangani Covid-19 adalah diri kita sendiri dengan mengikut norma baharu kehidupan. Tanpa perubahan sikap masyarakat dan pematuhan SOP, kita tidak akan berjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sebentar tadi.
Jelasnya, bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan bermula 7 sehingga 20 Disember.
Untuk PKPB di Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Putrajaya, Labuan, Negeri Sembilan pula ditamatkan bermula esok.
“Lanjutan dan penamatan PKPB itu berdasarkan penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Katanya, di Selangor hanya tiga daerah ditamatkan PKPB iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor berdasarkan penilaian risiko dilakukan KKM.
Tambahnya, untuk Negeri Sembilan hanya dua daerah dikenakan PKPB iaitu Seremban dan Port Dickson.
Views:
Related


Berita Lain
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
