Restoran gantung, terowong pelancongan antara tarikan baharu Banda Hilir

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 5 Mac – Menara Taming Sari (MTS) yang beroperasi selama 14 tahun akan dinaik taraf dengan pelbagai tarikan baharu bagi menarik lebih ramai lagi pelancong ke mercu pelancongan negeri itu.

Exco Pelancongan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pelbagai tarikan baharu akan dibangunkan di sekitar Banda Hilir termasuk dalam kawasan perkarangan MTS dalam menarik kehadiran lebih ramain pelancong dalam dan luar negeri.

Beliau berkata, antara perancangan yang sedang dirangka ialah pembinaan sebuah terowong pelancongan yang dilengkapi dengan pameran interaktif buat pengunjung yang datang.

“Selain itu, MTS juga akan dibangunkan dengan sebuah restoran gantung dan tarikan rumah hantu yang kini dalam proses pembinaan.

MENARA Taming Sari. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Selepas ini tiada lagi khemah-khemah yang diletakkan di hadapan MTS kerana kita mahu bangunkan dengan tarikan baharu di kawasan ini.

“Ini antara perancangan kita dan beberapa produk pelancongan baharu yang direncana ini sedang dalam pembinaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Program Pencarian Pengunjung Bertuah ke 8 Juta di Pekarangan Menara Taming Sari, di sini hari ini.

Hadir sama, EXCO Kerja Raya Negeri Datuk Rahmad Mariman dan EXCO Belia dan Sukan Negeri V P Shanmugam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1099
Kongsi :
Previous post Guru rugi lebih RM20,000 ditipu urusan jual beli perabot
Next post PM garis empat hala tuju pembangunan landskap negara
Ubah saiz-+=