
RM10 juta untuk Kerajaan Negeri, agensi tangani impak Monsun Barat Daya
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan peruntukan di bawahĀ Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) dikelola agensi itu disediakan bagiĀ membolehkan pengurusan dan pengoperasian berkesan dalam menangani impak MBD.
āNADMA akan menyelaraskan penyaluran peruntukan berdasarkan permohonan dan keperluan operasi bencana terbabit.Ā Agensi-agensi teknikal dan agensi-agensi tindak balas pengurusan bencana telah bersiap sedia untuk menghadapi MBD,ā menurut kenyataan itu.
Sebelum ini,Ā Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negara dijangka berdepanĀ pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan atau belukar, jerebu sertaĀ kekurangan hasil pertanian susulanĀ MBD bermula bulanĀ iniĀ hingga September.
Susulan itu, Ahmad Zahid berkataĀ semua agensi pengurusan bencana diingatkan supayaĀ mengambil langkah aktif dalam mengurangkan risiko bencana berkaitan.
NADMA memaklumkanĀ jabatan berkaitan antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah melakukan beberapa persediaan bagi menghadapi MBD.
Antara persediaan yang dilaksanakan ialahĀ persiapan logistik JBPM bersama 23,566 anggota JBPMĀ bagi menghadapi kebakaran terbuka, selain JMGĀ menyediakan sumber air alternatif iaitu sumber air bawah tanah melibatkan 640 telaga aktif domestik dan 104 telaga untuk pencegahan dan pemadaman kebakaran di tanah gambut dan hutan.
Menurut NADMA, operasi pembenihan awan akan dilakukan apabila terdapat keperluan dan setelah mendapat nasihat teknikal daripada MetMalaysia serta ketersediaan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia pada tarikh yang dicadangkan.
āKesiapsiagaan dan langkah-langkah proaktif agensi-agensi berkaitan dalam menguruskan impak MBDĀ diharap dapat mengatasi kegusaran orang ramai dan menghindari daripada tersebarnya maklumat yang tidak tepat.
āOrang awam dinasihatkan supaya lebih peka dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko terkena strok haba.Ā Orang ramai juga diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau yang tiada sumber lengkap untuk mengelakkan salah faham dalamĀ kalangan orang ramai,ā menurut kenyataan itu.
Laporan mingguan berkaitan impak cuaca panas boleh didapati melalui laman web NADMA www.nadma.gov.my untuk rujukan umum, manakala maklumat dan amaran cuaca terkini boleh diperoleh melalui pelbagai medium iaitu media elektronik, media sosial, laman web rasmi, aplikasi myCuaca, serta MET Malaysia Hotline menerusi talian 1-300-22-1638. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


