
RM12.63j peruntukan pembangunan industri halal negara 2022
Beliau berkata jumlah ituĀ merangkumi projek-projekĀ di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak RM3.9 juta (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (empatĀ projek pembangunan) bernilai RM5.1 juta dan Jabatan Perdana MenteriĀ (tigaĀ projek pembangunan)Ā bernilai RM3.63 juta.
“Selain itu, pembangunan industri halal akan dilonjakkan melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 yang menggariskan tujuhĀ teras strategik dengan memberi tumpuan terhadap penghasilan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi di sepanjang rantaian bekalan halal.
“Langkah dan usaha ini dijangka akan meningkatkan sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratusĀ dan menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada 2025 berbanding 6.6 peratusĀ dan RM30.5 bilion pada 2020,ā katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya projek pembangunan industri halal yang dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12Ā untuk mempertingkatkan industri halal merangkumi Pembangunan Kompentensi Modal Insan dan Pengetahuan Sektorial Halal, āHalal Home Grown Champion- Sourcing Partnership,ā āMalaysia Global Halal Show: Bridging Halal Marketsā dan Program Latihan Industri Halal.
Beliau menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) berhubungĀ projek dan program untuk meningkatkan daya saing industri halal bagi merebut peluang pasaran halal yang lebih besar.Ā – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


