
RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan
KUALA LUMPUR, 16 Jan.- Sebanyak RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan kepada waris keluarga yang meninggal dunia akibat pandemik itu dan mereka yang terjejas pendapatan berikutan wabak itu.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lalu menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.
Beliau berkata, sebelum ini jumlah terkumpul tabung itu sebanyak RM45 juta sudah diagihkan.
“Mereka yang layak menerima sumbangan ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ia diserahkan kepada NADMA untuk tindakan susulan. Setakat ini, kita masih ada baki sumbangan RM5 juta dari tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 di Serdang, dekat sini, hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...

