Rumah ibarat ‘bom jangka’, agensi terlibat diminta selesaikan segera – Zahari

DURIAN TUNGGAL 19 Disember – Agensi terlibat dengan pembinaan Projek Rumah Harapan di Taman Bukit Tambun Perdana di sini diarahkan segera bertindak bagi menyelesaikan masalah pergerakan tanah cerun yang berisiko runtuh di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil berkata, projek itu membabitkan sebanyak 57 buah rumah yang telah didiami penduduk.

“Perumahan di sini ibarat bom jangka, saya telah melihat lompongan di bawah beberapa kediaman di kawasan terbabit dan terdapat pergerakan tanah cerun yang berisiko runtuh.

“Sebelum ini saya bekerjasama dengan persatuan penduduk setempat untuk menyelesaikan masalah ‘defect’ (kerosakan) rumah dan tindakan telah diambil pemaju.

“Saya yakin pihak agensi yang berkaitan telah mengambil maklum hal ini, moga tindakan segera diambil oleh pihak pemaju dan yang berkaitan untuk atasi isu ini sebelum tragedi ‘Batang Kali Siri 2’ berkemungkinan berlaku,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

WhatsApp Image 2022-12-19 at 5.48.38 PM
TANAH runtuh di kawasan perumahan yang boleh membahayakan nyawa penduduk.

Ujarnya pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengarahkan pemaju mengemukakan laporan geoteknik dan cadangan pembaikan cerun berkenaan pada 21 November yang lepas.

“Pemaju membuat penutupan kawasan cerun terbabit dengan plastik sementara menunggu laporan berkenaan daripada perunding.

“Kerja-kerja awal untuk pengukuhan cerun telah dimulakan sejak minggu lepas dan akan mula membuat ‘Slope dan Gabion Wall’ dalam masa yang terdekat.

“Pihak PBT juga telah memohon kerjasama jabatan berkaitan untuk menilai keselamatan keseluruhan kawasan tapak terutama membabitkan rumah sedia ada,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1017
Previous post KPKT gesa PBT proaktif selenggara perparitan kurangkan risiko banjir kilat
Next post Atasi kesesakan Klebang jadi agenda Ban Hong