
Rumah Jangkak Buaya dedah tradisi masyarakat Orang Asli
ASAHAN 24 Jun – Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan mengambil inisiatif membina Rumah Jangkak Buaya menggunakan hasil hutan bagi memberi pendedahan kepada anak-anak murid tentang budaya masyarakat Orang Asli.
Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SK Asahan, Zamzuri Jinudin berkata pembinaan Rumah Jangkak Buaya itu tidak menggunakan sebarang paku dan ia siap hanya dalam tempoh tiga hari.
“Rumah ini diberi nama jangkak buaya kerana tingkap rumah ini apabila dibuka seakan mulut buaya yang terbuka, ia dibina berasaskan buluh sebagai dinding dan beratapkan daun langkap.
“Rumah ini dibina khas oleh Orang Asli daripada Kampung Sungai Mering untuk tatapan semua warga sekolah ini sebagai ilmu pengetahuan mengai masyarakat Orang Asli,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Rumah tersebut siap pada tahun 2020 namun ianya dirasmikan semalam oleh Tok Batin Kampung Sungai Mering, Tok Batin Aslim Ulai selepas Mesyurata Agong PIBG SK Asahan Kali ke-47.
Hadir sama Guru Besar SK Asahan, Jamaludin Kasim.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...
