
Sang Bedal sesat atas Jambatan Linggi
KUALA LINGGI 18 Dis – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka mengesahkan rakaman video memaparkan kelibat buaya berlegar di atas jalan raya seperti yang tular di media sosial.
Pengarah PERHILITAN Melaka, Mohd Firrdhaus Mahmood berkata, kejadian itu berlaku di sempadan Negeri Sembilan-Melaka petang tadi.
Beliau berkata, kehadiran reptilia itu mungkin berpunca daripada situasi paras air sungai naik akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.
“Kes ini melibatkan kawasan Negeri Sembilan, namun saya difahamkan tiada tangkapan dibuat membabitkan buaya berkenaan, sebaliknya buaya itu sudah kembali ke habitat asalnya semula,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Terdahulu, video berdurasi 32 saat yang memaparkan buaya tersesat di atas Jambatan Linggi itu tular di media sosial.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MILIKI DAYA TARIKAN PIKAT SYARIKAT BESAR – AB RAUF
BANDA HILIR 19 November - Pemilihan Melaka sebagai lokasi kerjasama strategik syarikat gergasi industri membuktikan negeri ini mempunyai daya tarikan...
TURAPAN BAHARU JALAN TAMAN MESRA RIM SELESAI – DIRA
RIM 19 November - Kerja-kerja menaik taraf jalan di Taman Mesra Rim di sini, termasuk turapan semula yang dimohon sebelum...
TUNAI JANJI MANIFESTO JADI MISI SETPOL KETUA MENTERI
SERI NEGERI 19 November - Memastikan setiap janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...
PENGALAMAN URUS HAL EHWAL MASYARAKAT JADI BEKALAN MUHAMMAD AHYAD
SERI NEGERI 19 November - Pengalaman menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Khas (Hal Ehwal Masyarakat) sebelum ini menjadi bekalan penting buat...
‘TERIMA KASIH MAIM, SUMBANGAN INI BESAR MAKNA BUAT SEKOLAH’
PENGKALAN BATU 19 November - Sumbangan alat siar raya menerusi Tabung Amal Jariah Negeri Melaka yang dikendalikan Majlis Agama Islam...
MUHAMMAD AHYAD DILANTIK SETIAUSAHA POLITIK KETUA MENTERI MELAKA
SERI NEGERI 19 November - Datuk Muhammad Ahyad Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama...
