
Sarjan direman dua hari bantu siasatan kes rasuah RM2,000
MELAKA 10 Mac. – Sarjan polis direman dua hari bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang wanita dalam kejadian petang, semalam.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat, selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Terdahulu, lelaki terbabit yang memakai baju lokap SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, kira-kira jam 10.45 pagi.
Perintah reman dua hari bermula hari ini hingga esok dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Difahamkan, anggota terbabit disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang wanita agar anaknya tidak dituduh di mahkamah atas kesalahan positif dadah dipercayai jenis syabu.
Susulan itu, anggota polis terbabit ditahan lewat petang semalam oleh sepasukan penguat kuasa SPRM dalam serbuan di rumah wanita terbabit.
Hasil pemeriksaan dalam serbuan itu, wang berjumlah RM2,000 turut dijumpai.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan penahanan anggota polis berpangkat sarjan terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GAYA PENDEKAR GASING CURI PERHATIAN KETUA MENTERI
TANJUNG BIDARA 28 September - Jika anak 'orang putih' popular dengan permainan yoyo, remaja ini memilih untuk bermain gasing yang...
SARINGAN OKTOBER TENTUKAN KEMASUKAN MURID TABIKA AUTISME KEMAS
DUYONG 28 September - Proses saringan kanak-kanak yang bakal mengikuti Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dilaksanakan sepanjang Oktober...
HAMPIR 400 GURU KEMAS DILATIH KENDALI TABIKA AUTISME
DUYONG 28 September - Hampir 400 guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dilatih Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai persediaan mengendalikan Tabika...
DUA LAGI TABIKA AUTISME KEMAS DIBUKA DI MELAKA JANUARI DEPAN
DUYONG 27 September - Dua lagi Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka di Melaka mulai Januari depan. Ketua...
RM210,000 BANTU 50 PESERTA KEMAS JANA PENDAPATAN
DUYONG 27 September - Sebanyak RM210,000 diperuntukkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi membantu 50 peserta menerusi inisiatif Quick Wins KEMAS...
TIGA TABIKA TUNAS ISTIMEWA KEMAS MELAKA MANFAATKAN LEBIH 30 ANAK AUTISME
DUYONG 27 September - Tiga Tabika Tunas Istimewa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diwujudkan di Melaka sebagai negeri perintis telah...
