Saya akur kepada pucuk pimpinan parti – Mohd Rafiq

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PAYA RUMPUT 20 Ok – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan kerusi bakal ditandinginya.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri berkata, sebagai pemimpin parti, beliau akur kepada sebarang keputusan ditentukan meskipun secara peribadi mempunyai kawasan tertentu yang menjadi pilihannya.

“Saya sanggup berhadapan sekiranya parti membuat keputusan untuk saya bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Paya Rumput.

“Saya tidak boleh bertindak atau meletakkan keinginan peribadi melebihi daripada parti walaupun saya berminat untuk bertanding di satu-satu kawasan sebagai contoh, namun parti tidak benarkan jadi saya akan ikut.” katanya.

Mohd Rafiq Naizamohideen

Beliau berkata demikian selepas mengadakakan lawatan ziarah kasih di Kampung Tanah Merah di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dijangka bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, beliau berkata perkara itu terpulang kepada mana-mana individu kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.

“Bagi saya itu (mencabar) biasa dalam politik, masing-masing ada minat dan pilihan tersendiri.

“Sekiranya parti memutuskan saya bertanding di kawasan itu atau mana-mana kerusi, saya sedia berhadapan dengan sesiapa sahaja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

528
Kongsi :
Previous post Ketua Bahagian Bersatu sudah hantar senarai nama calon berpotensi tanding PRN – Rafiq
Next post Media sosial ‘senjata’ ampuh PRN Melaka
Ubah saiz-+=