‘Saya bekerja bersama insan terbaik membangunkan Melaka’ – KM

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 5 April – Pencapaian setahun Kerajaan Negeri Melaka tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa semangat dan keringat semua Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta para penjawat awam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menyifatkan semua yang terlibat telah memberi khidmat bakti terbaik dalam mewajah Melaka ke suatu tahap lebih baik.

Justeru, beliau berkata, penghargaan perlu diberikan kepada semua yang terlibat serta menjadi pemangkin untuknya memajukan Negeri Melaka.

“Mereka adalah yang terbaik bagi saya dan mereka juga pemangkin kepada kejayaan dalam memimpin sebuah kerajaan.

“Terima kasih kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Timbalan Exco yang memberikan sumbangan dalam membina serta mewajahkan Melaka ketika ini dan untuk masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan amanat pada Majlis Mensyukuri Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ab Rauf, memasuki tahun kedua pentadbirannya, pelbagai lagi kejayaan akan dilakarkan menerusi suntikan nilai tambah terbaharu untuk memacu pencapaian gemilang Negeri Melaka.

“Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, saya akan umumkan sasaran kita yang pastinya lebih baik dan bermakna kepada rakyat dan negeri ini,” ujar beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

186
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: Parkir percuma selama seminggu di Melaka
Next post Wujud inisiatif ‘satu beca, satu pantun’
Ubah saiz-+=