‘Saya rayu rumah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia segera dibina’ – Yusof Hassan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER LIMAU 22 Jan – “Alhamdulillah saya bersyukur kerajaan pilih saya terima bantuan rumah baharu dan saya berharap rumah itu dibina segera.

“Sekarang saya terpaksa menumpang di rumah anak yang hanya ada satu bilik kerana dia bukannya orang senang,” kata mangsa banjir, Yusof Hassan.

Tiada daya upaya Yusof untuk membina semula rumah yang rosak teruk akibat banjir pada 18 Disember lalu, selain merayu kerajaan segera membina rumah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

Dia difahamkan, mengikut rekod Pejabat Daerah Alor Gajah namanya tersenarai antara tiga mangsa banjir yang akan menerima bantuan pembinaan rumah baharu berkenaan.

“Wakil Pejabat Daerah Alor Gajah juga sudah beberapa kali membuat lawatan. Saya tak berani menghuni rumah lama risau strukturnya sudah tidak kuat, tiang pun sudah senget.

“Lantai sudah pula sudah reput nak pijak pun tak berani kerana terendam banjir selama lima hari,” katanya ketika ditemui di Kampung Telok Berembang, Lubok Cina, di sini, hari ini.

YUSOF Hassan, 72. Foto Din Ahmad

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.

ICU juga bersedia menjalankan kerja pembaikan rumah yang mengalami kerosakan kecil dengan kos RM5,000 seunit.

Tugas bancian dan penyenaraian rumah berkenaan dilaksanakan pegawai Pejabat Daerah Alor Gajah bagi memastikan mangsa banjir yang benar-benar terjejas diberikan bantuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

905
Kongsi :
Previous post Sultan Selangor kurnia darjah, pingat kepada 87 individu
Next post AirAsia raih anugerah Perak di Putra Brand Awards 2021
Ubah saiz-+=