
‘SEKAMPUNG’ MASJID TANAH BERLARI DENGAN BUSANA ETNIK
LENDU 21 Disember – Meriah, penuh warna-warni. Itu gambaran suasana di Japerun Lendu bersempena Larian Etnik Budaya Parlimen Masjid Tanah.
Larian santai itu diadakan bersempena Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita yang diadakan selama empat hari berakhir hari ini.
Dianggarkan lebih 1,000 orang Masjid Tanah menyertai larian sejauh 2 kilometer (km) itu yang berakhir di Taman Rekreasi Bukit Beringin.
Peserta yang hadir kelihatan ‘sporting’ mengenakan pelbagai busana etnik di negara ini bagi memeriahkan larian tersebut.
Lebih istimewa, larian itu turut diserikan dengan kehadiran artis popular tanah air yang juga anak jati Masjid Tanah, Datuk Remy Ishak.
Terdahulu, pelepasan peserta disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara.
Turut bersama, Ketua Menteri Melaka Ke-12 merangkap Adun Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan lain-lain kenamaan.
Majlis Penutup Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita akan diadakan pada jam 2 petang ini di Taman Rekreasi Bukit Beringin, Masjid Tanah.
Orang-orang Masjid Tanah dijemput hadir kerana pelbagai acara menarik dan hadiah cabutan menarik menanti semua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
