Sekolah sukan SMK Seri Kota terima tajaan RM10,000 dari TNB Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

DUYONG 25 Julai – Pasukan hoki Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota menerima penajaan RM10,000 sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menyertai Kejohanan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2023.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Melaka, Khairizam Ibrahim kepada Pengetua SSN SMK Seri Kota, Abdul Ghaffar Bakar disaksikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan TNB dan Penyerahan Jersi Pasukan Hoki SSN SMK Seri Kota di sekolah tersebut di sini hari ini.

photo_2023-07-25_12-30-55
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman ditemui sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan TNB dan Penyerahan Jersi Pasukan Hoki SSN SMK Seri Kota di SMK Seri Kota, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut Rahmad, dua pasukan lelaki dan perempuan hoki dari sekolah terbabit akan mewakili negeri pada kejohanan yang dijangka akan berlangsung pada awal Ogos depan.

“Menerusi tajaan ini, diharapkan pasukan hoki SSN SMK Seri Kota dapat membawa pulang kejayaan daripada kejohanan ini.

“Menerusi kejohanan ini juga, atlet berpeluang untuk mengasah bakat dan kemahiran yang telah dipelajari semasa latihan kerana MJHL ini mampu memberi peluang dan pengalaman untuk atlet meningkatkan mutu permainan ketika kejohanan.

“Kejohanan ini juga menjadi platform kepada atlet hoki untuk menunjukkan kemahiran dan serlahkan bakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian MajlisPenyerahan Sumbangan Penajaan TNB dan Penyerahan Jersi Pasukan Hoki SSN SMK Seri Kota di sekolah tersebut di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2329
Kongsi :
Previous post 84 GRO warga asing ditahan
Next post JBPM terima 1,595 panggilan kecemasan lemas dalam tempoh lima tahun
Ubah saiz-+=