Sektor pelaburan ‘tajuk’ utama Ketua Menteri

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 9 Mac – “Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sangat agresif dalam melaksanakan tanggungjawab, khususnya menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur,” kata Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Khaidhirah yang juga Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, menyifatkan Ab Rauf sebagai seorang pemimpin yang mahu memfokuskan sektor pelaburan sebagai agenda utama di Melaka.

“Apabila melihat beliau sudah setahun menjadi Ketua Menteri, sudah tentu sektor pelaburan dan perindustrian ini menjadi fokus utama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Beliau sangat yakin dan percaya bahawa sektor industri mampu melonjakkan pendapatan negeri dan rakyat Melaka supaya lebih stabil.

“Sepanjang kepimpinan beliau, kita nampak berlaku perubahan progresif dan agresif yang mana beliau mahu memastikan siapa juga terlibat dalam pelaburan serta perindustrian ini akan memberi kerjasama baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini di Bilik Maharani Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Katanya, sektor pelaburan merupakan antara keutamaan Kerajaan Negeri selepas sektor perkhidmatan yang mampu menjana pendapatan kepada Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1000
Kongsi :
Previous post Mekanik edar dadah syabu hampir 200 kilogram dijatuhi hukuman mati
Next post Dua lelaki didakwa bunuh kakitangan MPM
Ubah saiz-+=