
Dua lelaki didakwa bunuh kakitangan MPM
LUMUT, 8 Mac – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kakitangan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bulan lepas.
M. Saravanan, 43, yang bekerja sebagai pencuci kereta dan M. Thamilselvan, 48, yang tidak bekerja, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret T. Kavita.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua lelaki itu didakwa membunuh M. Segar, 45, di sebuah rumah di Taman Biru, Ayer Tawar, Manjung antara 5 pagi hingga 9 malam pada 10 Feb lepas.
Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 18 April ini untuk sebutan kes bagi laporan kimia dan perubatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain manakala peguam R.R. Segaran mewakili kedua-dua tertuduh.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,000 PESERTA MERIAHKAN KARNIVAL CERIA SIMPAN SSPN
BANDARAYA MELAKA 28 Jun - Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026 berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 orang...
MELAKA PERUNTUK RM4.41 JUTA PERKASA PROGRAM PEMULIHAN OKU
SERKAM 28 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM4.41 juta bagi menyokong pelaksanaan Program Pemulihan Dalam...
360 CALON SPM MELAKA NIKMATI TUISYEN MATEMATIK TAMBAHAN PERCUMA
MERLIMAU 28 Jun - Seramai 360 pelajar Tingkatan Lima di Melaka bakal menikmati tuisyen Matematik Tambahan secara percuma menerusi Program...
SERKAM DUN PERTAMA DI MELAKA MILIKI LOKAR UBAT, PUSAT REHABILITASI KOMUNITI
SERKAM 28 Jun - Serkam menjadi Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama di negeri ini yang memiliki perkhidmatan Lokar Ubat menerusi...
LAMAN BROMELIAD JADI TARIKAN PELANCONGAN BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menjalin kerjasama strategik menerusi...
PAMA: MELAKA PERKUKUH AGENDA PENDIDIKAN, BANTU PELAJAR TERCICIR
MERLIMAU 28 Jun - Kerajaan Melaka terus membuktikan komitmennya dalam memperkasa pendidikan apabila melaksanakan pelbagai program kecemerlangan dan pembangunan sahsiah...
