Selebriti antarabangsa ‘berkampung’ di Melaka promosi TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BANDA HILIR 28 April – Seramai 42 peserta Program Miss and Mister Celebrity International 2023 akan ‘berkampung’ selama dua hari di Melaka bermula hari ini dan esok.

Pengarah International Celebrity Pageant Group Sdn Bhd, Lennard Tan Xiang Guang berkata pihaknya memilih Melaka sebagai destinasi menjalankan program terbabit bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Katanya, kesemua peserta antarabangsa itu akan dibawa ke lokasi-lokasi ikonik dan pelancongan utama Negeri Melaka.

“Kesemua peserta ini merupakan selebriti di negara masing-masing dan mereka akan membantu untuk mempromosi Melaka bersempena Tahun Melawat Melaka pada tahun hadapan menerusi platform sosial media masing-masing

“Kerana peserta-peserta ini ada diantara mereka adalah pempengaruh (influencer), model terkenal dan artis yang mempunyai jutaan pengikut di laman sosial,” katanya.

Lennard Tan berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Meet and Greet Miss and Mister Celebrity International 2023 di Perkarangan Pejabat Pelancongan Negeri, Jonker Walk, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Exco Pelancongan, Seni Warisan dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Lennard berkata pihaknya turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka yang menyambut baik ketibaan 42 peserta program tersebut.

Jelasnya, kehadiran pemimpin utama negeri ke majlis tersebut merupakan satu penghargaan besar buat mereka dan akan membantu untuk mempromosi negeri itu untuk menarik lebih ramai pelancong pada TMM2024.

“Program ini berlangsung selama 10 hari di Malaysia dan hanya Melaka dipilih selepas lapan hari di Kuala Lumpur.

“Kita juga mendapat kerjasama dari pihak Tourism Malaysia dan Malaysia Airline bagi program ini sekali gus dapat membantu mempromosi Melaka meskipun dalam masa yang singkat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1959
Kongsi :
Previous post Acu pistol kerana tak puas hati dijerit ‘hoi’
Next post 25,000 dijangka hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka, esok
Ubah saiz-+=