Selesaikan kemelut politik secara tertutup

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

AYER KEROH 17 Okt. – Perbincangan dan permintaan secara tertutup dalam meneruskan kerjasama politik dilihat dapat mencari penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan kemelut dan mengukuhkan persefahaman politik.

Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, melalui cara itu ia jelas melihat kematangan ahli dan pemimpin politik dalam menyelesaikan krisis politik yang berlaku.

Beliau berkata, tindakan memberikan tekanan dan ugutan kepada kepimpinan Perdana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya melihat kerapuhan perpaduan.

“Kalau ada permintaan atau apa- apa tuntutan lebih elok dilakukan secara syura, semua pimpinan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang bekerjasama mendirikan PN ada ruang seluas-luasnya kerana mereka selalu berjumpa dengan Perdana Menteri.

“Saya fikir apa salahnya kalau permintaan itu dikemukan secara tertutup tanpa kita perlu tekan atau beri sebarang ugutan,” katanya mengulas mengenai syarat baharu yang diusulkan UMNO bagi meneruska kerjasama politik dengan kerajaan PN.

Ujar beliau, saranan perlunya perbincangan secara tertutup itu juga bertetapan dengan titah yang disuarakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

“Kalaulah nasihat Yang di-Pertuan Agong kita tidak pedulikan apalah nilai kita hari ini sebagai rakyat Malaysia atau pemimpin politik dalam negara,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan antara kerjasama antara UMNO, Bersatu dan PAS Melaka, Mohd Rafiq yang juga Ketua Badan Kepimpinan Bersatu negeri berkata, kerjasama dan pimpinan yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berada ditahap yang amat baik dan mereka tidak terkesan dengan kemelut politik yang berlaku diperingkat persekutuan.

“Kerjasama kerajaan negeri yang dipimpin oleh ketua menteri berada ditahap begitu baik sekali dan mesyuarat Exco diadakan hampir setiap minggu selain kerajaan berfungsi seperti biasa.

“Malah semalam (kelmarin) diadakan mesyuarat badan pimpinan Bersatu Melaka yang mana semua pemimpin Bersatu negeri sebulat suara putuskan memberi sokongan padu bukan sahaja kepada Perdana Menteri untuk teruskan memimpin negara tetapi juga kepada pimpinan Ketua Menteri,” katanya.

Beliau berkata, hubungan kerjasama bersama PAS juga tidak terjejas malah parti itu turut berperanan dalam pentabiran kerajaan negeri.

“Kerjasama dengan PAS begitu baik walaupun PAS belum ada wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu tidak merencatkan peranan parti itu untuk sama- sama membantu kita dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Views:

984
Kongsi :
Previous post “Nyawa dan kesihatan rakyat mengatasi kepentingan mana-mana parti politik” – Mohd Rafiq
Next post Muhammad Fakhrul korban usia remaja demi ibu angkat
Ubah saiz-+=