
Semarak semangat patriotisme bersama golongan memerlukan
KOTA MELAKA 27 Ogos – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang akan tiba tidak lama lagi, badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara Kota Melaka telah mengedarkan sebanyak 100 Jalur Gemilang dalam Program Tetap Bulanan Jejak Asnaf dengan usahasama Nation of Women (NOW) Melaka, baru-baru ini.
Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Kota Melaka Riduwan Amin berkata, di samping menjalankan program kebajikan tersebut, pihaknya turut mengedarkan Jalur Gemilang sebagai usaha menyemarakkan lagi semangat patriotik.
“Alhamdulillah, di samping kami menggerakkan kerja kebajikan, kami turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada golongan yang memerlukan.
“Walaupun keadaan golongan tersebut tidak mengizinkan, tetapi kami tidak pernah melupakan mereka, malah kami mendekati mereka bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik menjelang Hari Kemerdekaan Negara yang bakal disambut pada 31 Ogos ini,”katanya kepada Melaka Hari Ini.
Program tersebut melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bandar Hilir, Duyong serta Telok Mas, yang mana tertumpu kepada golongan sasar iaitu
ibu tunggal, anak yatim dan asnaf.
Views:
Related
Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...


