
Sembilan mayat ditemukan di kawasan banjir di Shah Alam
SHAH ALAM, 21 Dis – Sembilan mayat ditemukan di sekitar Shah Alam setakat ini dipercayai korban banjir yang melanda daerah itu Jumaat lepas susulan hujan lebat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata dua mayat dijumpai pada Ahad, manakala tujuh lagi semalam.
Beliau berkata semua mayat terdiri daripada tiga wanita dan enam lelaki.
Menurut Baharudin, dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama, Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas.
Semalam, dua mayat lelaki ditemukan berhampiran Subtek Bencana Seksyen 25, satu di Pekan Sri Muda dan satu lagi di bawah Lebuhraya Elite berhadapan MSU Seksyen 13.
“Tiga lagi mayat wanita ditemukan semalam dengan dua daripadanya di kawasan rumah teres Seksyen 25 dan satu lagi di Persiaran Budiman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga selain bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan akibat daripada banjir.
Baharudin meminta kerjasama semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan banjir atau penemuan mayat mangsa banjir ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202000/ 03-55202022 untuk tindakan lanjut.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MEMBACA LAHIR GENERASI MASA DEPAN BERILMU
AYER KEROH 16 Disember - Penganjuran Anugerah Melaka Membaca menjadi antara manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam melahirkan generasi masa hadapan...
MPAG TAWAR DISKAUN, GALAK ORANG RAMAI JELASKAN KOMPAUN TERTUNGGAK
ALOR GAJAH 16 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merekodkan sebanyak 12,030 kompaun tertunggak dengan nilai keseluruhan RM1.27 juta...
PBT MELAKA FOKUS JADIKAN MELAKA BERSIH, INDAH, CERIA SEPANJANG 2026
PAYA RUMPUT 16 Disember - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) komited menjadikan Melaka sebuah negeri bersih, indah dan ceria sepanjang...
DAPAT ILHAM KETIKA PKP, JAMBU LOHAN SOLOK GAUNG KINI JADI REBUTAN
AYER MOLEK 16 Disember - Minat berbudi kepada tanah dan niat mahu membantu pihak pengurusan sebuah masjid menjana pendapatan mendorong...
KELAB LIONS SUMBANG PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KEPADA 80 SEKOLAH DI MELAKA
BUKIT BARU 16 Disember - Kelab Lions Negeri Melaka menyumbang pakaian seragam pengakap kepada 80 sekolah di negeri ini sebagai...
SAMB YAKIN PRESTASI LEBIH BAIK PADA 2026
BANDA HILIR 16 Disember - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menjangkakan peningkatan kualiti perkhidmatan pada 2026 susulan pencapaian operasi memberangsangkan...
