Sentuh hati 80,000 penduduk sebelum kempen berakhir

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KOTA MELAKA 10 November – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka, berazam untuk menyantuni sekurang-kurangnya 80,000 rakyat di kawasan itu sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kon Qi Yao berkata, pengundi di Parlimen Kota Melaka adalah yang tertinggi di Negeri Melaka dengan jumlah keseluruhan seramai 164,000 orang.

Berikutan itu beliau yang mesra disapa Ah Kon memilih lokasi tumpuan ramai seperti pasar pagi, pasar malam dan medan selera untuk berjumpan rakyat.

“Gerak kerja kempen kita sehingga hari ini boleh dikatakan antara 30 hingga 40 peratus. Jadi sasaran dalam tempoh berkempen ini saya dapat berjumpa sekurang-kurangnya 80,000 daripada jumlah pengundi itu.

“Tempoh kempen selama 14 hari dimanfaatkan sepenuhnya, dirancang mengikut jadual yang sistematik termasuk memilih waktu yang sesuai bagi memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui selepas menyantuni dan berjumpa peniaga serta pengunjung di Pasar Malam Semabok, di sini, semalam.

Terdahulu, suasana pasar malam berkenaan, riuh apabila tiga daripada empat calon bertanding di Parlimen Kota Melaka masing-masing BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bertembung ketika sesi ‘walkabout’.

Ketiga-tiga mereka, Qi Yao,Suhaime Borhan dan Khoo Poay Tiong, sempat berbual dan bertanya khabar sebelum meneruskan kempen masing-masing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1862
Kongsi :
Previous post Tarik minat orang kampung jadi usahawan
Next post Pindah 14 kubur lama berusia lebih 100 tahun
Ubah saiz-+=