‘Sidang DUN jangan cerita dulu’ – Sulaiman

Masa Membaca:46 Saat

AYER KEROH 18 Jun – Melaka belum memperincikan mengenai tarikh untuk membuka persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

“Sidang DUN kita kita jangan cerita dulu, kita cerita selepas darurat ini diangkat.

“Selagi tak angkat kita pun tak tahu lagi,” katanya ringkas pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang disiarkan secara langsung dari Seri Negeri di sini hari ini.

Parlimen tidak bersidang susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 11 Januari lalu telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak COVID-19.

Bagaimanapun baginda pada 24 Februari lalu bertitah, bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

386
Kongsi :
Previous post Bantuan perlu salur kuota kepada persatuan
Next post Muhyiddin sertai selawat mega bersama rakyat secara maya
Ubah saiz-+=