Sorting by

×

Simpang Kuala Sungga dinaik taraf

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MACHAP JAYA 2 Jun – Projek naik taraf persimpangan Kuala Sungga yang sebelum ini tertangguh berjaya dilaksanakan dengan kos berjumlah RM2 juta.

Simpang tiga berkenaan sebelum ini dikenali sebagai antara ‘persimpangan maut’ berikutan keadaan jalannya yang berselekoh dan gelap pada waktu malam menyukarkan pemanduan pengguna jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, projek berkenaan sebelum ini diluluskan dalam RMK11 dengan kos naik taraf bernilai RM2 juta.

Katanya, projek berkenaan kini direalisasikan selepas tertangguh beberapa tahun dan pelbagai infrastruktur disediakan di persimpangan itu.

“Simpang berkenaan adalah antara jalan utama digunakan penduduk Kampung Tebong namun sering berlaku kemalangan yang kebanyakannya mengakibatkan kematian.

“Dalam tempoh enam bulan, projek berkenaan disiapkan dengan dilengkapi jalan dua lorong, lampu jalan dan lampu isyarat

“Turut dinaik taraf jambatan di jalan Kuala Sungga,” katanya.

Beliau berkata, projek naik taraf itu tidak dapat dilaksanakan tanpa bantuan pelbagai agensi berkaitan.

“Syukur pojek menaik taraf persimpangan Kuala Sungga, Tebohg telah siap disempurnakan. Terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya,” katanya.

Projek naik taraf simpang itu disempurnakan oleh EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Marimad dan turut dihadiri Pengarah JKR, Datuk Ismail Abd Rahman pada Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Persimpangan di Pekan Kuala Sungga, daerah Alor Gajah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1388
Kongsi :
Previous post PM Ismail Sabri ucap selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia
Next post Hasnoor mahu PEKIDA terus perjuang hak Islam, Melayu
Ubah saiz-+=