SMK Krubong rangkul tujuh kemenangan karnival STEM

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TELOK MAS 20 Julai – Pendedahan peringkat awal dalam kalangan pelajar melayakkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Krubong merangkul tujuh kemenangan pada Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Guru Cemerlang SMK Krubong, Mohd Raimi Rahim berkata, biarpun hanya disertai pelajar tingkatan satu, namun ia satu pendedahan peringkat awal bagi mendidik pelajarnya berkecimpung dalam bidang itu.

“Hari ini mereka (pelajar) menang atas kerjasama semua pihak, kita bukan sahaja nak jadi jaguh kampung, kita nak bawa mereka ini ke peringkat lebih jauh ke pentas antarabangsa.

“Alhamdulillah sekolah ini menunjukkan prestasi yang cemerlang, antara kemenangan diraih adalah johan Bicara STEM bagi kategori individu dan berkumpulan.

“Terdapat juga pelajar yang meraih naib johan, tempat kelima selain mendapat tempat kedua dan ketiga bagi pertandingan ‘straw tower’ dan naib johan pertandingan kapal terbang kertas,” katanya kepada Melaka Hari Ini di SMK Padang Temu di sini pada Selasa.

Terdahulu penyampaian hadiah Karnival STEM dan Hari Keusahawanan SMK Padang Temu serta Pelancaran Havoc STEM Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah Tahun 2023 itu disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Ghazali Ahmad.

46a5c9a7-137e-4565-8c2f-af932d3daf6f
MOHD Raimi

Katanya, pelajar SMK Krubong hanya membuat persediaan selama dua minggu bagi menyertai karnival itu.

“Dua minggu lepas kami bertanding untuk pusingan kelayakan jadi semasa pusingan itu kami melepasinya dengan menghantar lima pasukan yang bertanding pada hari ini untuk kategori STEM.

“Manakala, untuk pertandingan ‘straw tower’ dan kapal terbang kertas, kami baharu mula persediaan pada minggu ini sahaja.

“Jika mengikut pembahagian masa, pada sebelah pagi hingga jam 2 petang adalah waktu belajar, manakala jam 2.30 petang hingga malam pelajar akan praktis untuk karnival STEM ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4375
Kongsi :
Previous post Polis tahan empat lelaki, madrasah tahfiz jadi tempat simpan ketum
Next post KM terima Asasi Pasca Siswazah Pentadbiran Perniagaan KLIEC
Ubah saiz-+=