Sorting by

×

SSN Seri Kota bawa nama Melaka di Indonesia

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDARAYA MELAKA 20 Jun – Dua pasukan bola sepak dari Sekolah Sukan Negeri (SSN), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota di sini, akan mewakili Melaka ke Kejohanan Garuda International Cup 2.

EXCO Sukan Negeri V P Shanmugan berkata, kejohanan selama lima hari itu akan diadakan di Bogor, Indonesia, bermula 29 Jun.

Beliau berkata, selain Melaka terdapat lima wakil negeri lain yang akan menyertai kejohanan bersama-sama lima negara ASEAN iaitu Indonesia, Filipina, Brunei, Thailand dan Singapura.

“Walaupun ini penyertaan pertama pasukan dari SMK Seri Kota namun kita tetap meletakkan harapan yang tinggi agar dapat menjuarai kejohanan.

“Dengan terpilihnya mereka (pemain) ia selangkah sahaja lagi untuk mengharumkan nama SSN dan seterusnya nama Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bendera Sempena Kejohanan Garuda International Cup 2 2022 di SMK Seri Kota, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Karim Tumin dan Pengetua SSN SMK Seri Kota, Abdul Ghaffar Bakar.

Sementara itu, bagi pemain SSN SMK Seri Kota Muhammad Syakiran Fara Azual, 16, berkata, dia dan pasukan akan cuba memberikan persembahan terbaik untuk menempatkan diri ke kedudukan terbaik kejohanan.

“Dengan peluang dan kepercayaan diberikan ini, saya dan pasukan akan melakukan yang terbaik dengan latihan yang sudah kami jalani selama ini.

“Bagi kejohanan besar, ini kali kedua saya sertai selepas berada di tingkatan satu. Ketika itu kami ke Vietnam untuk perlawanan persahabatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3799
Kongsi :
Previous post Sekolahku hijau…
Next post Pelakon terlibat kes pukul dibebas dengan jaminan polis
Ubah saiz-+=