
Suami isteri dihadapkan ke mahkamah miliki 53 keping wang palsu
Muammar Raid Abdul Malik, 33, dan Nadia Mohamed Hussain @ Brian Michael Lewis, 27, didakwa melakukan perbuatan itu di PMT 30, Mukim 8, Jalan Muthupalaniappan, Sunway Wellesley, Bukit Mertajam pada 11.30 malam, 29 Jun lepas.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melaporkan diri dua minggu sekali kepada pegawai penyiasat kes.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohamad Syarafuddin Mamat Mokhtar.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SISTEM PELESENAN BECA MELAKA JADI IKUTAN NEGERI LAIN
DUYONG 24 November – Sistem pelesenan khusus pengayuh beca diperkenalkan Melaka bukan sahaja menjadi mekanisme kawal selia perkhidmatan, malah kini...
MELAKA BERPOTENSI MILIKI HOSPITAL PAKAR KARDIOLOGI, NEUROLOGI
AYER KEROH 24 November - Melaka berpotensi memiliki sebuah lagi hospital pakar berkapasiti 400 katil menerusi cadangan pembinaan Hospital Pakar...
BECA JADI IKON PELANCONGAN, TAPI DISIPLIN TETAP KEUTAMAAN – ABDUL RAZAK
DUYONG 24 November - Pengayuh beca di Melaka diminta supaya terus memainkan peranan dengan memperkasakan lagi peranan mereka sebagai duta...
BAN HONG MULAKAN MISI JELAJAH, FAHAMI REALITI FASILITI KESIHATAN MELAKA
SERI NEGERI 24 November - Memahami keperluan sebenar fasiliti kesihatan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan menjadi fokus utama misi jelajah...
AYAM MENTAH MRSM: PENGUSAHA KANTIN CUAI WAJAR DISENARAIHITAM – RIDHWAN
SERI NEGERI 24 November - Tempoh kontrak yang hampir tamat bukan alasan untuk pengusaha kantin mengabaikan tanggungjawab menyediakan makanan berkualiti...
AKMAL SASAR 50 PERATUS ADUAN INTERNET SELESAI DALAM SETAHUN
MERLIMAU 24 November - Kerajaan Negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 700 aduan berkaitan masalah liputan komunikasi dan internet di...
