SUKMA Sarawak: Tenis Melaka sasar satu pingat

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 20 Mei – Persatuan Lawn Tenis Melaka (MLTA) meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat bagi sukan tenis pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 dijadual berlangsung Ogos depan.

Presiden MLTA, Muhammad Shahrul Hafidz Ab Rahim berkata pihaknya realistik dalam meletakkan sasaran dan tidak mahu dianggap sambil lewa.

Katanya, dibandingkan dengan pencapaian pada SUKMA lalu, atlet tenis Melaka sekadar mara ke peringkat suku akhir.

“SUKMA Sarawak tahun ini kami hantar sembilan atlet, enam lelaki dan tiga wanita. Kami bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam memilih atlet yang akan mewakili Melaka pada temasya SUKMA.

“SUKMA edisi lalu kita mara ke peringkat suku akhir, jadi tahun ini sekurang-kurangnya dapat ke peringkat akhir dan bawa pulang pingat gangsa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Muhammad Shahrul Hafidz, turut memaklumkan pihaknya akan membantu persiapan atlet menuju ke temasya SUKMA depan.

Jelasnya, beliau akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Belia Sukan (JBS) Melaka bagi menggunakan fasiliti tersedia sebagai persiapan atlet.

“Kompleks Tenis bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan dijalankan kerja-kerja naik taraf bermula 20 Mei hingga Ogos depan.

“Sedikit sebanyak kerja-kerja naik taraf itu merencatkan persiapan atlet, namun kami mempunyai alternatif lain dengan membuat latihan di gelanggang yang tersedia di JBS Melaka. Pendedahan dan persiapan cukup amat penting buat atlet,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

131
Kongsi :
Previous post Tiada mangsa terselamat dalam nahas helikopter Raisi: Bulan Sabit Merah Iran
Next post Tiada lagi debaran khemah diterbangkan angin
Ubah saiz-+=