Tiada lagi debaran khemah diterbangkan angin

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

KUALA LINGGI 20 Mei – “Alhamdulillah apabila diberi peluang dapat berniaga seperti ini kami rasa lebih selamat sebab kios disediakan kukuh dan selesa.

“Sebelum ini risau untuk berniaga sepanjang musim angin kencang, kerana pernah khemah gerai diterbangkan hingga menyebabkan kerugian,” kata peniaga, Norasmahwati Yatim, 58, ketika ditemui Melaka Hari Ini di gerainya di Pantai Sungai Tuang, di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2024 05 20 At 2.47.02 Pm
NORASMAHWATI (tengah) menjalankan perniagaan Tanjak Tako di Pantai Sungai Tuang bersyukur diberikan kemudahan kios yang selamat dan selesa.

Dia yang menjalankan perniagaan Tanjak Tako berkata, kios disediakan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) itu lebih kemas dan tersusun.

“Hal kebersihan juga dapat ditingkatkan kerana ini adalah aspek penting untuk kita jaga sesuai dengan status Melaka sebagai negeri pelancongan.

“Terima kasih kami ucapkan kepada MPAG dan Kerajaan Negeri yang memberikan keselesaan kepada penjaja kecil untuk mencari rezeki,” katanya.

Whatsapp Image 2024 05 20 At 2.58.17 Pm
YUSHAIRI (kanan) antara peniaga yang menerima kemudahan kios di Pantai Sungai Tuang.

Sementara itu seorang lagi peniaga Yushairi Hamidon, 52, berkata, inisiatif sewa percuma selama enam bulan pula membantunya untuk mengukuhkan perniagaan dan modal pusingan.

Katanya, tawaran itu amat dihargai kerana kutipan hasil jualan pada hari biasa tidak seberapa berbanding hujung minggu atau musim cuti.

“Selalunya pengunjung akan ramai pada hujung minggu, tetapi tidak tentu juga, sekarang ini jumlah jualan saya adalah sekitar RM300 sehari, alhamdulillah.

“Kadar sewa RM60 amat patut, terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas cadangannya memajukan operasi peniaga kecil seperti kami di kawasan ini dan berharap dengan kemudahan ini dapat menggamit lebih ramai pengunjung sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

458
Kongsi :
Previous post SUKMA Sarawak: Tenis Melaka sasar satu pingat
Next post Amanat perkasa MAIM, JAIM
Ubah saiz-+=