
Sulaiman hadir majlis kesyukuran sempena setahun tadbir Melaka
AYER KEROH 11 Mac. – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hadir pada Majlis Kesyukuran Sempena Satu Tahun Melaka di Bawah Pentadbiran YAB Ketua Menteri Melaka di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.
Kehadiran beliau bersama isteri, Datin Seri Utama Siti Munirah Yusop kira-kira jam 7.30 malam itu disambut kenamaan serta wakil jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Sejurus tiba Sulaiman bersama jemaah menunaikan solat Maghrib sebelum membaca surah Yasin yang dipimpin Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil bagi mendapat keberkatan.
Sulaiman kemudiannya menunaikan solat Isyak sebelum mengakhiri majlis pada jamuan makan.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Hasim Hasan, barisan EXCO, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
GELANGGANG BADMINTON SATUKAN WANITA
AYER KEROH 13 Ogos - Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah...
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
