Sulaiman santuni penduduk Gadek

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat
SULAIMAN menyantuni penduduk Gadek, dalam masa sama melihat permasalahan di kawasan berkenaan.

GADEK 25 Julai -Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali telah menyantuni penduduk Gadek seawal jam tujuh pagi dalam siri lawatan kerjanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Kunjungan Sulaiman ke lokasi pertama telah disambut baik penduduk Kampung Tanjung Rimau Dalam apabila ketibaannya di Warung Siti Corner kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Sejurus tiba, Sulaiman diarak dengan kira-kira 15 buah konvoi motosikal bagi mengelilingi kampung yang disertai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ghafaar Atan.

Lawatan itu kemudiannya diteruskan ke beberapa lokasi di sekitar kawasan terbabit membabitkan beberapa lokasi termasuk menziarahi beberapa keluarga waris pesakit terlantar serta melakukan lawatan di beberapa lokasi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Kuala Ina, Pulau Sebang.

Lebih menarik, pada lawatannya di sebuah Pusat Tahfiz Al-Quran Nornyemah, beliau sempat beramah mesra malah turut menyertai sesi taddarus al-Quran bersama kira kira 15 pelajar institusi itu.

Pelbagai nasihat yang menjadi inspirasi telah disampaikan kepada pelajar berkenaan dan pada kunjungan tersebut dana sebanyak RM3,000 turut diserahkan bagi tujuan pembangunan pusat tahfiz berkenaan.

Lawatan kerja yang berakhir di Persimpangan Kampung Gadek bagi meninjau keadaan kawasan utama yang menjadi lokasi banjir di kawasan berkenaan.

Program lawatan kerja yang disertai lebih 30 tetamu itu disambut baik penduduk sekitar kawasan Gadek dan berakhir kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Views:

320
Kongsi :
Previous post Rakaman suara dan gambar tular warga India positif Covid-19 palsu
Next post 91 program dengan insentif RM13.9 bilion bantu usahawan
Ubah saiz-+=