Rakaman suara dan gambar tular warga India positif Covid-19 palsu

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 25 Julai – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengesahkan rakaman suara dan gambar tular berkenaan aduan beberapa warga India positif Covid-19 di perhentian bas Melaka Sentral semalam adalah palsu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ismail Ali berkata rakaman dan gambar berkenaan diambil secara rambang oleh individu tidak kenali sebelum diviralkan menerusi aplikasi Whatsapp sejak semalam.

Katanya, penumpang yang terlibat sebagaimana tular rakaman gambar itu adalah merupakan sebuah keluarga warga tempatan yang pulang dari luar negara melalui pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 23 Julai lalu.

“Bagaimanapun semua ahli keluarga tersebut disahkan negatif ujian Covid-19 ketika menjalani saringan di KLIA.

“Mereka juga telah menjalani prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan pulang ke tempat tinggal masing-masing bagi menjalani kuarantin di rumah,” katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Ismail berkata, berikutan itu laporan polis telah dibuat bagi menyiasat perkara tersebut dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita yang tidak sahih.

“Untuk maklumat sahih atau sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Melaka di talian 06-2356 999 atau 06-2356 851 atau melalui emel [email protected]

Views:

358
Kongsi :
Previous post Sasar wujudkan 100 Malakat Mall di Malaysia
Next post Sulaiman santuni penduduk Gadek
Ubah saiz-+=