Sasar wujudkan 100 Malakat Mall di Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MASJID TANAH 25 Julai – Malakat Mall menyasarkan 100 pasar raya mesra Muslim itu diwujudkan dalam tempoh 10 tahun.

Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim berkata, jika berjaya direalisasikan, ia berupaya mewujudkan peluang perniagaan kepada lebih 100,000 usahawan, selain mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada satu juta rakyat beragama Islam.

Ujarnya, sasaran itu boleh dijayakan sekiranya seluruh umat Islam di negara ini bersatu dan menyokong perjuangan dengan melabur secara konsisten di dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

“Malakat Mall merupakan sebuah pusat beli-belah yang mengumpulkan 100 peratus usahawan Muslim untuk berniaga di bawah satu bumbung.

“Perjuangan Malakat Mall adalah perjuangan menyediakan ruang dan peluang. Melalui fasa pertama kebangkitan ekonomi Islam, ia membolehkan kita mengambil alih 30 peratus syer pasaran dalam sektor runcit yang bernilai RM30 bilion.

“Nilai berganda pula mencecah RM110 bilion yang mampu mewujudkan peluang kepada lebih 100,000 usahawan dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada lebih satu juta pengguna Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah, di M Mall, di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

M Mall di Masjid Tanah bakal dijenamakan menjadi cawangan Malakat Mall terbaharu yang dijangka akan mula dibuka secara rasmi pada penghujung tahun ini.

Views:

322
Kongsi :
Previous post Jabatan Pertanian Melaka enggan bantu projek gajah putih
Next post Rakaman suara dan gambar tular warga India positif Covid-19 palsu
Ubah saiz-+=