Sulaiman singgah ke warung Dak Senah

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat
SULAIMAN turut meluangkan masa minum pagi di warung Dak Senah.

BUKIT KATIL 4 Julai – Dalam rangka menyantuni masyarakat Bukit Katil, Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali turut meluangkan masa memenuhi pelawaan Dak Senah untuk menziarahi warungnya di Sungai Putat, pagi tadi.

Dak Senah atau Hasnah Mohamad, 67, merupakan salah seorang dari empat figura yang tular di media sosial berikutan tersebarnya rakaman suara Kamsiah Jantan (Nek Piyah) mengenai pandemik Covid-19, diikuti dua individu lain iaitu Mohammad Shaari Mohd Salleh (Dak Ayu) dan Mohammad Shafiq Mohd Don (Dak Sapik).

Ketika menziarahi warung tersebut, Sulaiman turut menyampaikan papan tanda baharu kepada Dak Senah, dalam masa sama mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk setempat.

“Masa jumpa Nek Sapiah, Dak Senah, Dak Ayu dan Dak Sapik, Rabu lalu, saya dipelawa untuk minum pagi di Warung Mak Senah di Sungai Putat, Melaka. Alhamdulillah, saya penuhi permintaan mereka untuk minum pagi hari ini.

“Rezeki mereka juga, Kerajaan Negeri Melaka melalui MPHTJ turut menghadiahkan papan tanda baharu ‘Warung Dak Ayu’s Dak Senah’ bagi merancakkan lagi perniagaan mereka. InsyaAllah.

“Saya juga berpeluang menyantuni pengunjung warung selain ada bertanyakan permasalahan penduduk di Kampung Sg Putat yang mengadukan isu perparitan di Sungai Putat.

“Selain masalah pokok besar di tepi jalan. Saya rujuk terus permasalahan diajukan penduduk kepada Pengarah JPS Melaka, Abdul Hakim Hamzah dan Yang Dipertua MPHTJ, Shadan Othman. InsyaAllah kedua-dua isu ini akan ditangani segera,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi postingnya di Facebook, pagi tadi.

Views:

507
Kongsi :
Previous post Covid-19: Pengambilan perajurit muda tentera darat tidak dikurangkan
Next post Kes kematian Adib: “Semua sudut kes ini akan disiasat sepenuhnya”- KPN
Ubah saiz-+=