
Suspek kes rogol 19 tahun lepas dibebaskan dengan jaminan polis
IPOH, 16 Jun – Lelaki yang ditahan berkaitan kes rogol yang berlaku 19 tahun lepas dibebaskan dengan jaminan polis, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Beliau berkata suspek berumur 40 tahun itu dibebaskan berikutan tempoh reman ke atasnya telah berakhir hari ini.
“Kami akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, suspek direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Bagan Serai bermula 10 Jun sebelum tempoh reman disambung selama tiga hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Pada 9 Jun lepas, polis berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.
Hasil padanan data profil asid deoksiribonukleik (DNA), polis percaya dapat menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada 2003 dengan tertangkapnya suspek.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KIOSK ANAK MUDA SERKAM DARAT JADI CONTOH, MPJ RANCANG USAHA NAIK TARAF
SERKAM 2 Julai - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan meneliti keperluan menaik taraf kemudahan dan prasarana di enam kios usahawan...
MAIM SEDIA PERKHIDMATAN VAN JENAZAH PERCUMA, WARIS DINASIHAT ELAK OPERATOR TIDAK BERDAFTAR
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memandang serius mengenai isu 'kartel van jenazah' sedang tular dan...
MELAKA PERUNTUK RM45 JUTA PERKASA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM45 juta bagi memperkasa pendidikan Islam melibatkan sekolah agama, Tadika Jabatan...
WRUR SERKAM: MPJ BINA LIMA KEDIAMAN BAHARU, BAIK PULIH 47 RUMAH
SERKAM 2 Julai - Lima keluarga sebelum ini tinggal di rumah dalam keadaan daif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam...
MELAKA AKAN KAJI SEMULA GAJI GURU KAFA, BELA KEBAJIKAN PENDIDIK JAIM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan terhadap kebajikan pendidik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) termasuk...
MAIM GUBAL GARIS PANDUAN, WAJIBKAN PENDAFTARAN OPERATOR VAN JENAZAH
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menggubal garis panduan khusus termasuk mewajibkan pendaftaran pengusaha atau...
