Syarat pembiayaan SPIN dilonggarkan, bantu usahawan informal

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

MASJID TANAH 25 Jun – Skim Pembiayaan Usahawan Informal (SPIN) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) antara langkah kerajaan bagi membantu usahawan di negara ini yang terjejas akibat COVID-19.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, menerusi inisiatif itu beberapa syarat permohonan dilonggarkan bagi memberi kemudahan terutama kepada usahawan informal sebelum jangkaan tempoh bertahan perusahaan itu pada Ogos depan.

Jelasnya pihaknya mendapati hasil tinjauan pada 15 Februari lalu 90 peratus usahawan informal terjejas di negara ini dan 54 peratus daripadanya hanya mampu bertahan sehingga enam bulan dari tarikh itu.

Justeru itu katanya, kerajaan menawarkan pelbagai skim pembiayaan dengan kelonggaran syarat dan memendekkan proses permohonan buat usahawan informal termasuk yang tidak berdaftar.

“Berdasarkan maklumat diterima daripada TEKUN, kita buat program untuk usahawan terutama yang tidak memerlukan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memerlukan beberapa dokumen saja untuk membantu sepanjang tempoh bertahan dan bertukar daripada fasa usahawan mikro kepada usahawan kecil ke sederhana.

“Peniaga seperti pasar malam ‘uptown’ pun boleh membuat permohonan dan dokumen hanya memerlukan salinan kad pengenalan, bil elektrik dan air dan akaun bank.

“Hanya empat dokumen saja diperlukan dan permohonan disingkatkan daripada berbelas hari kepada sekurang-kurangnya tujuh hari dengan pembiayaan sehingga RM5,000,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu Mas Ermieyati berpendapat pendaftaran SSM sebenarnya lebih banyak menjadikan proses ke arah usahawan berjaya berikutan pendedahan dalam urusan contohnya pendokumentasian buku akaun dan penyata kewangan.

“Hasil semakan kerajaan mendapati lebih sejuta usahawan informal tidak berdaftar dengan SSM dan susulan itu pelbagai inisiatif telah dirangka bagi membantu golongan ini.

“Malah baru-baru ini MARA juga memperuntukkan RM50 juta menerusi inisiatifnya dan turut menawarkan program Dana Nita buat usahawan wanita yang terkesan di negara ini.

“Kita harap tiada yang terjerat dengan mana-mana tawaran pembiayaan dengan bunga yang tinggi sebagai jalan terakhir mereka

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

615
Kongsi :
Previous post Tempatan Food Bank Melaka bantu lebih 40 keluarga terkesan
Next post Melaka antara negeri tertinggi salurkan pakej bantuan rakyat
Ubah saiz-+=