
Syarikat farmasi Korea Selatan hasilkan 150 juta dos vaksin COVID-19 Rusia
MOSCOW 13 Nov. – Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) pada Jumaat berkata ia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat bio-teknologi Korea Selatan GL Rapha untuk menghasilkan lebih 150 juta dos vaksin Sputnik V di Korea Selatan setiap tahun, lapor agensi berita Sputnik.
“Kedua-dua pihak bercadang untuk memulakan pengeluaran pada Disember 2020 dan pelancaran vaksin Sputnik V pada Januari 2021.
Memetik analisis sementara pertama hasil ujian klinikal fasa 3 Sputnik V yang melibatkan 40,000 sukarelawan, RDIF mendakwa keberkesanannya ialah 92 peratus.
“Sputnik V adalah berasaskan platform vektor adenoviral manusia yang selamat dan berkesan. Oleh kerana pandemik ini masih belum berakhir, lebih banyak negara mengenal pasti platform vektor adenovirus manusia dan merancang untuk memasukkan vaksin ini dalam portfolio vaksin nasional mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RDIF Kirill Dmitriev.
Menurut kenyataan akhbar itu, RDIF telah menerima permintaan lebih 1.2 bilion dos vaksin daripada lebih 50 negara dan mempertimbangkan untuk meningkatkan kemampuan pengeluarannya di luar negara.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
