Tahajud kunci kejayaan Tokoh Huffaz

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 9 Mac  – Solat Tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali antara kunci kejayaan yang dikongsi Tokoh Huffaz Anugerah Sayyidina Ali, ‘Izzat ‘Irfan Ruzman, 18.

Remaja ini menerima anugerah paling tinggi itu pada Majlis Konvokesyen ke-10 Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) berlangsung di sebuah hotel, di sini, semalam.

Anak ketiga dari empat beradik itu merupakan pelajar cemerlang akademik, hafazan al-Quran, penglibatan kokurikulum dan sahsiah sepanjang tiga tahun pengajian di kolej terbabit.
Atas kecemerlangan itu ‘Izzat ‘Irfan membawa pulang sijil, plak dan wang tunai RM1,000.

“Saya rasa sebak dan bangga sebab ini meupakan kali pertama menerima penghargaan tertinggi Hafaz al-Quran pada usia 18 tahun.

“Pelbagai cabaran dan rintangan untuk sampai ke tahap ini, namun apa saya boleh kongsikan, sentiasa meletak harapan dan panjatkan doa kepada Allah.

“Doa ibu bapa dan nasihat guru juga merupakan panduan untuk saya, anugerah yang diterima ini saya akan jadikan pembakar semangat untuk pergi lebih jauh dalam bidang Qiraat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, ibu ‘Izzat ‘Irfan, Zainoorwaty Mohd@Mohd Nor, 48, berkata dia dan suami Ruzman A Wahab, 51, sentiasa menyokong serta mendukung hasrat anaknya itu.

“Syukur, ‘Izzat ‘Irfan dapat kejayaan berganda kerana pada usia 18 tahun dengan meraih anugerah tertinggi di kolej dan menghafaz 30 Juzuk al-Quran.

“Ibu mana tidak gembira melihat kejayaan anak. Saya berharap dia akan berjaya dalam hidup dan cita-citanya melanjutkan pelajaran ke Mesir tercapai,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3172
Kongsi :
Previous post Buaya viral ‘senyap’ tak masuk jerat
Next post Sasar wujudkan 50 Bazar Ramadan Rahmah
Ubah saiz-+=