Sasar wujudkan 50 Bazar Ramadan Rahmah

Masa Membaca:59 Saat

BANDA HILIR 9 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan 50 Bazar Ramadan Rahmah diwujudkan pada Ramadan ini.

Timbalan Menterinya, Senator Fuziah Salleh berkata, inisiatif untuk mewujudkan bazar Ramadan berkenaan adalah supaya peniaga menjual makanan Menu Rahmah kepada golongan memerlukan selain mengenakan kos sewa yang murah kepada peniaga.

“Setakat ini kementerian meletakkan sasaran (untuk mewujudkan) 50 Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Wanita Pengguna Cakna, Bangkit Mendepani Cabaran Dunia sempena Hari Hak-hak Pengguna Sedunia dan Hari Wanita Sedunia.

Hadir sama, Exco Perpaduan, Penerangan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), Datin Roszanina Wahab serta Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata setakat ini kementeriannya sedang mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan tujuan itu.

“Kita sedang melibat urus dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi KPKT supaya boleh mewujudkan Bazar Ramadan Rahmah bagi mengelakkan berlaku pembaziran , supaya mempunyai Menu Rahmah, selain kos sewa (dengan harga) ‘Rahmah’.

“Jadi sedang dilaksanakan libat urus untuk diadakan pada bulan Ramadan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1376
Kongsi :
Previous post Tahajud kunci kejayaan Tokoh Huffaz
Next post 60 nelayan Melaka terima rumah baharu
Ubah saiz-+=